Posted on

TUDUNG SYRIA

bismilahh

 

fv syria 4                  fv syria 3            fv syria 2

fv syria                 fv syria 7             fv syria 5

 

Dah lama jugak tak update blog ni..bukan apa aku tengah sibuk kemaskini kan benda benda lain kat dalam laman Tudung Terkini For You ni..Aku nak semuanya nampak ok. Untuk sape ? For You jugak kan ….

Ok la entry kali ni aku nak pasal tudung syria..Apa tu tudung syria ? Apsal syria pulak kan..Orang Syria pakai tudung mcam ni ke ? Aku ada la jugak buat google image search , memang kebanyakan orang kat sana memang pakai tudung style anak kat dalam tu melekap..pasal tu la agaknya terbawak bawak nama tudung syria tu.

Tudung jenis ni, ada orang suka , ada orang tak suka sebab kalau first time pakai kita akan nampak muka kita pelik. Tp bukan sebab tudung tu magik tapi sebab mcam aku ckp tadi la, anak tudung yang dalam tu melekap kat kepala . Jadi bagian depan muka kita tu dah nampak mcm kepala botak atau dahi luas satu macam…betul tak ?

Anyway pada aku tudung syria ni sesuai untuk orang orang nak cepat atau yang ada anak kecik. Sebab tudung ni main sarung je kan. Kalau anak korang nak tarik tarik tudung tu pun no hal..sarung je la balik..cuba ko compare senario yang sama kalau kau pakai tudung shawl yang berbelit belit dan berpin pin tu …perghhh mau nak nangis dibuat nya.

Walaupun tudung ni bole la dikatakan tudung yang sempoi tapi tudung ni tetap cantik dan menawan. Especially kalau korang pandai pilih color atau corak yang cantik cantik. Bole jek kalau nak letak brooch besar besar kat tepi tudung tu ke…ikut kreativiti korang la. Yang penting korang rasa selesa pakai dan nampak kemas. Macam petikan ayat Quran 7:26 kat bawah ni :-

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”

Selamat bertudung….

For more collection on muslimah fashion wear visit Tudung Terkini For You

One thought on “TUDUNG SYRIA

  1. […] lak Inner Tudung nipis yang jenis lycra tu , memang tak masuk beb . Nak nak kalau tudung ko jenis tudung syria…tudung kain cotton , tapi Inner Tudung lycra…Tak jive ahh macam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × three =