Posted on

INNER TUDUNG

zalora Anak-Tudung-Inner-Magic-872362-1 FP

bismilahh

 

UPDATE Aug-2016: Now you can shop muslimah directly on our web store. View available ‘fesyen muslimah’ collection now — or, take me to the pink shawl.

aliex inner tudung 2

buy now long

aliex inner tudung

buy now long

 

Lama gak tak menulis ni, ada la dekat 2 minggu kot. Nak cakap sibuk , semua orang sibuk kan…tapi entah apa yang aku sibuk kan pun aku tak tau. Well adik aku kawin la mggu lepas. Patu at the same time , anak anak aku sakit..so aku macam takde masa nak mengadap laptop aku ni.

Anyway hari ni aku bukan nak cakap pasal sape yang paling sibuk dalam dunia , tapi aku nak citer pasal Inner Tudung atau pun orang melayu cakap Anak Tudung. Inner Tudung ni ada macam macam , ada yang nipis , ada yang tebal , ada yang bersilang kat depan , ada yang tutup leher penuh ,ada yang tutup sikit ..Pendek kata memang macam macam jenis ahh..Tapi dalam bebanyak tu mana satu yang korang nak pakai…Well pada pendapat aku , pakai ikut mana yang sesuai ngan tudung korang dan ikut keselesaan. Sebab kadang kadang tudung kita ada yang jenis kain tebal , patu  korang pakai lak Inner Tudung nipis yang jenis lycra tu , memang tak masuk beb . Nak nak kalau tudung ko jenis tudung syriatudung kain cotton , tapi Inner Tudung lycra…Tak jive ahh macam tu…

Well aku ni tak lah pandai mana pun pasal fesyen fesyen muslimah ni , tapi kalau berdasarkan logic , mana Inner Tudung yang nampak lawa kat tudung korang tu , korang pakai la…color masyuk , stail masyuk..then you are good to go…

Lagipun Inner Tudung ni harga dia murah jek…Jadik aku suggest korang beli la banyak banyak anak tudung tu..macam macam color. Nanti senang. Especially macam aku ni yang selalu jek misplaced Inner Tudung aku tu..So satu hari , aku beli banyak terus…Hilang ?? No hal…Dalam gobok ada lagik…

Ok la..panjang la aku membebel..jom layan kisah nabi SAW kat bawah ni (aku amik kat sini)..patu korang layan lak jenis jenis Inner Tudung kat atas nun….

wasalam…

Rasulullah SAW berkata: Halaaku nisaai ummatii filahmaraini adzdszahabu watstsayaaburriqaaqi. Terdapat dua penyebab yang menghancurkan umat saya, yang pertama adalah emas (perhiasan-perhiasan) dan yang ke dua adalah pakaian-pakaian tipis dan menampakkan tubuh. (Arsyaadu al-Quluub, Jilid 1).

SHOPPING TIPS :

Andaikata bila korang dah scroll sampai bawah ni dan dalam hati korang berkata , “aiik tu je ke tudung2 nye? ” ; jgn tutup dulu browser website aku ni..nak koleksi lagik byk , cuba korang klik

SINI , SINI ataupun SINI.

Pastu bila dah masuk  online shop yang jual tudung tu , korang search je la dari situ apa kebenda sebenarnya yang korang nak..ada lebih 50,000 collection kot..so HAPPY HUNTING !

 

 

Posted on

TUDUNG SYRIA

bismilahh

 

fv syria 4                  fv syria 3            fv syria 2

fv syria                 fv syria 7             fv syria 5

 

Dah lama jugak tak update blog ni..bukan apa aku tengah sibuk kemaskini kan benda benda lain kat dalam laman Tudung Terkini For You ni..Aku nak semuanya nampak ok. Untuk sape ? For You jugak kan ….

Ok la entry kali ni aku nak pasal tudung syria..Apa tu tudung syria ? Apsal syria pulak kan..Orang Syria pakai tudung mcam ni ke ? Aku ada la jugak buat google image search , memang kebanyakan orang kat sana memang pakai tudung style anak kat dalam tu melekap..pasal tu la agaknya terbawak bawak nama tudung syria tu.

Tudung jenis ni, ada orang suka , ada orang tak suka sebab kalau first time pakai kita akan nampak muka kita pelik. Tp bukan sebab tudung tu magik tapi sebab mcam aku ckp tadi la, anak tudung yang dalam tu melekap kat kepala . Jadi bagian depan muka kita tu dah nampak mcm kepala botak atau dahi luas satu macam…betul tak ?

Anyway pada aku tudung syria ni sesuai untuk orang orang nak cepat atau yang ada anak kecik. Sebab tudung ni main sarung je kan. Kalau anak korang nak tarik tarik tudung tu pun no hal..sarung je la balik..cuba ko compare senario yang sama kalau kau pakai tudung shawl yang berbelit belit dan berpin pin tu …perghhh mau nak nangis dibuat nya.

Walaupun tudung ni bole la dikatakan tudung yang sempoi tapi tudung ni tetap cantik dan menawan. Especially kalau korang pandai pilih color atau corak yang cantik cantik. Bole jek kalau nak letak brooch besar besar kat tepi tudung tu ke…ikut kreativiti korang la. Yang penting korang rasa selesa pakai dan nampak kemas. Macam petikan ayat Quran 7:26 kat bawah ni :-

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”

Selamat bertudung….

For more collection on muslimah fashion wear visit Tudung Terkini For You